Air mata seorang lelaki, Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita, Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki, Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Monday, 6 February 2012
Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis ??
JawabNYA : Kerana wanita itu unik ..
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa ..
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya ..
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ..
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ..
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah ..
AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun ..
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh
teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi ..
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia
air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru ....